Tuesday, January 30, 2018

KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yanga sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India. Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British.

Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931.Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.

No comments:

Post a Comment

PENDAHULUAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wu...