Tuesday, January 30, 2018

ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

(AGAMA DAN KEPERCAYAAN)
KAUM MELAYU
 Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India.Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15. Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam.Islam ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah. Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri serti hadis-hadis. 

Islam ialah agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk:



   1. Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasan ALLAH semata-mata.

2. Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam situasi kehidupan.

3. Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.

Islam mentafsirkan bentuk-bentuk hubungan yg berlaku dlm hidup manusia ini, iaitu:   
1. Dalam hubungan manusia dengan ALLAH (swt), ALLAH (swt) telah menciptakan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia.  

2. Dalam hubungan manusia dengan manusia, Islam menuntut hubungan yang berdasarkan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa, tempat dan agama. 

3. Dalam hubungan manusia dengan alam pula bermaksud manusia perlu menghormati kejadian alam kerana manusia merupakan makhluk yang diamanahkan oleh ALLAH. Manusia adalah pentadbir alam (khalifah), dan perlu memeliharanya daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan.
  
KAUM CINA 
Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk. Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan. Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme. Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina. Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud ‘Jalan’ (The Way). Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai  ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi. 

Berberapa konsep yang wujud diantaranya :
     Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme
  -ajaran ini mementingkan organisasi kekeluargaan. Dalam sesebuah keluarga,
   kasih sayang sesama kaum kerabat, ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat
   dititikberatkan.
    
       Ketaatan anak
-  Aspek ini merujuk kepada penghormatan yg patut diberikan oleh anak kepada ibu     bapa
       Konsep Yin dan Yang
-Konsep ini menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia ini  merupakan gabungan unsur pasif, dikenali sebagai Yin dan unsur aktif, dikenali sebagai Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian. Menurut teori, Yang merupakan kuasa positif dalam alam seperti panas matahari, bumi dan kering, iaitu tanda-tanda yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan. Yin pula melambangkan kuasa-kuasa negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat-sifat lemah, gelap dan pasif.
KAUM INDIA

Masyarakat India yang tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yang diamalkan dari India. 

Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu. Agama Hindu, sebuah Agama yang tertua di dunia. Hindu sebenarnya bukan sebuah agama malah sebuah tradisi yang di kembangkan hampir 10,000 tahun oleh masyarakat India. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Ia itu nama tempat tamadun Kaum India bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Nama dan gelaran yang betul bagi pengikut ajaran ini ialah “Vedandi” yang bermaksud – Manusia yang diberi Veda atau Pengikut      Veda

Ciri-ciri yang terkandung dalam di dalam agama Hindu :
    
      Kepercayaan kepada banyak Tuhan - agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.
-antara tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung)
 dan Siva (Tuhan Pembinasa)
      Konsep karma dan kelahiran semula -Masyarakat hindu  percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu.
-Unsur yang menentukan kasta mana yang bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.
      Kitab-kitab Veda
-Kitab veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.
Antara upacara dan penyembahan yang dijalankan oleh kaum India ialah
      Bakti – Percaya, Taat dan Cinta kepada Tuhan.
      Kriya  – Berpuasa – Membuat Yoga, Meditasi dan Bertapak
      Nyana – Belajar Kitab-kitab Suci dan Mendengar Nasihat Para Wali dan Yogi.
      Karma – Membantu orang yang miskin dan kurang upaya. Mengajar sesama manusia tentang  Tuhan dan cara hidup yang betul
     Larangan dalam agama ini  ialah:
      *Dilarang makan daging atau bahan dari badan binatang.
      *Dilarang membunuh termasuk binatang.
      *Dilarang minum arak dan bahan yang memabukkan.
      *Dilarang merogol / Cabul Kehormatan wanita.
      *Dilarang mencuri dan merompak.
      *Dilarang membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau makhluk  lain.
      *Dilarang memotong pokok.
MASYARAKAT SARAWAK

Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau. 

Amnya orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa-kuasa barat, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian. 

Animisme adalah kepercayaan manusia tentang adanya roh-roh gaib yang mengatur, menaungi, mengayomi serta mengendalikan kehidupan manusia yang meliputi roh-roh baik dan roh-roh jahat yang harus dihormati.  Ini merupakan definisi animisme secara umum. Kata "animisme" berasal dari bahasa latin anima yang artinya roh atau nyawa yang mencakup nafas atau jiwa manusia. Kepercayaan ini berawal pada saat kehidupan manusia masih primitif dan muncul secara alami pada diri manusia dimana manusia mengetahui adanya kematian. Nafas dianggap sebagai wujud fisik dari jiwa, jika nafas terputus maka jiwa akan berpindah tempat dan alam. Jiwa manusia dipercaya bisa berpindah ke makhluk hidup, benda mati, maupun pohon.

Roh-roh orang yang telah meninggal dipercaya menjadi penguasa alam dan berhubungan dengan kehidupan manusia yang masih hidup. Beberapa peneliti menyimpulkan bahwa hal ini merupakan cara orang-orang primitif untuk mengungkap misteri tidur, mimpi dan kematian.
Animisme berhubungan erat dengan dinamisme, yaitu kepercayaan manusia tentang adanya benda-benda yang memiliki kekuatan gaib. 


Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam. 

Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai antara mereka yang memeluk agama Islam dan Kristian. 
 
MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan-Dusun, ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepercayaan animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.

Brikut merupakan kepercayaan animisme yang diamalkan di Sabah:
      * Orang lanun percaya penyakit ada kena mengena dengan syaitan.
      * Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak (kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh dengan suara)
      *  Orang Bumiputera Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan kemasukan apok-apok (lintasan).Terdapat banyak lagi kepercayaan animism yang diamalkan dan dipercayai oleh kaum di Sabah selain daripada yang dinyatakan. Ini terjadi kerana kebanyakan nasyarakat di Sabah merupakan orang asli..Di kawasan pendalaman, ramai yang masih tidak mempunyai pegangan agama. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua daripada kalangan mereka beragama Islam. Namun begitu terdapat juga penganut-penganut agama lain di Sabah antaranya ada mereka yang beragama islam dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu, masyarakat di Sabah juga mengamalkan agama dan kepercayaan sejak turun temurn dari nenek moyang mereka.
(KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM)
KAUM MELAYU
- Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa Antronesia. 

- Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. 

- Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan  jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

- Dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temengung. 

         1. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.

         2. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh yang banyak dari agama Islam. 

- Antara adat lain yang wajib dijalani oleh orang melayu yang bergelar islam ialah :

         1. berkhatan atau bersunat. Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika berumurdalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh tok mudim.

        2. Perayaan – perayaan yang berbentuk keagamaan bagi orang Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal Muharram. 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.
 
Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Hajimerupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.
KAUM CINA
- Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakan telah menggunakan pakaian yang moden bercirikan Barat. Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satunya ialah ‘samfoo’ yang terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar, pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Selain itu. ‘cheongsam’. 

- Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan jenis masakan utama ialah masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen. 

- Manakala perayaan kaum Cina ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan.Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. 

Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. 



Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan.

- Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei. Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. 

- Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga. 

- Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin.

- Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang nenek moyang disamping berbual-bual. Selain itu, mereka juga akan membakar kertas-kertas wang dan bahan keperluan asas kepada nenek m0yang kerana mereka yakin nenek moyang jug akan menggunakan wang pada dunia yang ketiga.

- Pesta Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina. Pesta ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-8 dalam kalender cina. Pada hari itu, orang cina akan makan kuih bulan dan kanak-kanak pula akan bermain tanglung. Manakala golongan orang tua akan bersembahyang bulan yang cantik dan bulat pada malam tersebut.
KAUM INDIA
Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta.

Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu: 

1. Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta   
2. Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta.  
3. Vaisya -  terdiri dari rakyat biasa yg kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta 
4. Sudra -  terdiri daripada golongan hamba abdi yg kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta. 




Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi dan roti-roti seperti ‘chappati’, ‘paratta’ , ‘thosai’ dan ‘puri’. Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali. 

Thusai sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'.

Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. 

Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu. 

Masyarakat India juga mempunyai berbagai perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal. 

1. Hari Deepavali : merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. 

2. Hari Thaipusam : merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

3. Thaiponggol : merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.
MASYARAKAT SARAWAK
Masyarkat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga.
Rumah Panjang orang Iban ialah cantuman beberapa buah bilik yang dimiliki oleh keluarga yang berasingan dan membentuk satu deretan rumah yang panjang. 

Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai Burong’. Tugas ‘Tuai Rumah’ biasanya melibatkan hubungan antara keluarga, masalah hubungan dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata.

Rumah panjang suku kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah malam.

Pakaian istiadat suku kaum Iban adalah KainSirat, Dandong, PuaKumbu bagi kaum lelaki berserta memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manikmanik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Contohnya, Bidang,Kalambi,Bedong bagi kaum wanita
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.  

Manakala masyarakat Bidayuh pula merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. 

Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. 

Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan. 

Kebanyakan rumah di perkampungan Melayu Sarawak diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya masih terletak di tepi sungai yang jauh daripada bandar atau pekan. 

Mereka masih bergantung kepada industri tradisional seperti mengukir kayu, perak dan membuat tenunan kain songket.

Agama Islam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu Sarawak terutama aspek kebudayaan dan kesenian. 

Bagi aspek pembinaan, kebanyakan rumah atau bangunan mempunyai simbol atau ciri-ciri keislaman. 

Begitu juga dengan adat resam perkahwinan yang sememangnya berlandaskan Islam.
MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan di Sabah juga mempunyai berbagai adat resam budaya yang berkait dengan kematian, kelahiran.
Kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. 

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. 

Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. 

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Dalam kehidupan masyarakat Bajau pula, terdapat empat kategori norma atau nilai  iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian.
 

Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang

No comments:

Post a Comment

PENDAHULUAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wu...