Tuesday, January 30, 2018

KESIMPULAN

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan imigran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

         Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah Melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum China dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

         Dari aspek kesinambungankemasukan imigran dia dunia Melayu meniggalkan banyak kesan, samada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat melayu,membentuk budaya baru, mempertingkat daya saing dalam sektor ekonomi,melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya.

       Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan China dan pelbagai etnik yang lain.

No comments:

Post a Comment

PENDAHULUAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wu...